Gambar Close-up
Close-up merupakan gambar yang memberikan fokus sepenuhnya kepada subjek. Terutamanya pada bahagian wajah subjek. Close-up bertujuan menampakkan ekspresi dan emosi wajah subjek. Namun begitu, close-up juga boleh dilakukan kepada objek.
GAMBAR-GAMBAR CLOSE-UP SUBJEK ATAU MANUSIA.
GAMBAR-GAMBAR CLOSE-UP SUBJEK ATAU MANUSIA.
Gambar close-up 1
Gambar di atas menunjukkan close-up yang memaparkan ekspresi marah. Subjek seolah-olah memandang tepat ke arah mata yang membuatkan beliau berasa marah. Ekspresi tersebut juga menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tapi tidak boleh diluahkan.
Gambar berikut menunjukkan ekspresi wajah seorang wanita yang sedang memerhati gelagat teman baiknya yang makan meatball IKEA tanpa mengajak dirinya. Wajah ini terzahir setelah beliau telah lama mengidam kfry namun teman baiknya sering menolak ajakannya.
Gambar close-up 3
Ekspresi kepuasan jelas kelihatan setelah kenyang makan meatball IKEA seorang diri tanpa mengajak teman baiknya. Matanya melirik memerli kawannya yang sedang kelaparan sedangkan dirinya masih 'kenyang nyandor' bak kata orang Terengganu.
GAMBAR-GAMBAR CLOSE-UP OBJEK
Gambar close-up 4
Meatball IKEA yang menjadi punca utama kawan baik bertelagah. Lihat sahaja tekstur luaran meatball tersebut dan kelikatan sos black pepper. Tambahan pula, kacang peas, kentang hancur dan jem strawberi menjadi pelengkap menu hidangan yang diberi nama hidangan pemutus hubungan.
Namun begitu, teman baik semestinya tidak bergaduh akan bergaduh lama. Selepas merasakan dirinya bersalah akibat makan meatball tanpa mengajak teman baiknya. Beliau memberi hadiah sebuah kamera sebagai tanda minta maaf.
Gambar close-up 6
Bunga kertas berwarna merah yang kembang mekar menjadi hadiah kedua. Bunga kertas menjadi pilihan kerana murah dan senang didapati. Selain kehabisan duit setelah makan makanan mahal yang luar dr kemampuan dan membeli kamera yang kedua-dua teman baik tidak reti menggunakannya. Setelah kedua-dua hadiah diberikan, barulah teman-teman berbaik semula. TAMAT kisah close-up.
No comments:
Post a Comment