Pengalaman di Hatyai, Thailand.
Hatyai merupakan satu tempat yang pasti akan aku melawat lagi. Tidak kisah bersama siapa, solo atau berkumpulan, aku pasti akan sampai ke sana lagi. Aku suka akan bandarnya yang ketika itu bagi aku sangat bersih, di sebalik kesibukan orang berniaga. Pantai Samila yang aku pergi ketika itu, lebih kurang seperti di Malaysia, cuma yang menjadi tarikan di pantai itu ialah aktiviti bergambar bersama patung duyung di situ, berkuda, dan mandi-manda. Aku dapat tahu baru-baru ini ada berlaku kes letupan di Pantai Samila dan patung duyung itu mengalami kerosakan dek letupan tersebut. Aku harap semuanya baik-baik sahaja.
gambar di Chang Puak Camp bersama kawan-kawan.
Aku kategorikan Hatyai sebagai antara syurga makanan. Makanan yang terdapat di situ tidak sama di Malaysia tetapi mempunyai keunikan tersendiri seperti di Klonghae Floating Market, Asean Night Bazaar dan banyak lagi tempat yang boleh dikunjungi untuk mencari makanan yang sedap belaka.
No comments:
Post a Comment