Wednesday, 27 November 2019

BBM3410Satu2019:Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Oleh Normaliza Abd Rahim(2019)

Ulasan buku. #bukanpaidreview

Assalamualaikum dan hai, hari ini kita akan membuat lagi ringkasan mengenai buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Ulasan akan dihuraikan mengikut bab 1 hingga bab 7.

Bab 1 menerangkan setiap makna definisi oleh tokoh-tokoh dalam dan luar negara seperti Normaliza Abd Rahim, Asmah Hj Omar, Edmonson, Stubbs dan ramai lagi. Setiap tokoh memberikan definisi wacana dengan penjelasan yang jelas dengan terperinci.
Bab 2 pula menceritakan mengenai teori dan pendekatan yang dihuraikan mengikut tokoh-tokoh yang memberi definisi wacana dalam bab 1. Setiap tokoh menggunakan teori yang berbeza tetapi menunjangi bidang linguistik. Terdapat 13 tokoh menghuraikan setiap pendekatan dan teori dalam bab ini. Pendekatan yang menarik perhatian saya ialah pendekatan Levinson yang menyentuh Prinsip Kerjasama Grice.
Seterusnya bab 3, bab ini menggunakan pendekatan pencerita nilai sosial melalui cerita kanak-kanak. Nilai sosial yang dipaparkan dalam bab ini merangkumi aspek kehidupan masyarakat, kanak-kanak autisme dan lain-lain. Bab 3 merupakan bab yang paling banyak halaman kerana banyak cerita sosial boleh didapati dalam bab ini. 
Sementara itu, bab 4 menjadi terpendek dengan 1 halaman. Selain itu, bab 4 merupakan permulaan kepada penerangan mengenai strategi komunikasi.
Selain itu, bab 5 ini pula menjelaskan setiap pendekatan dan definisi yang dihuraikan dalam bab 4. Di samping itu, bab 5 menerangkan pendekatan oleh Normaliza Abd Rahim dan pendekatan ini sangat sesuai untuk berkomunikasi dalam masyarakat Melayu.
Bab 6 pula menerangkan keputusan kajian terhadap sampel kanak-kanak berumur 11 hingga 12 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan Normaliza Abd Rahim banyak dituturkan oleh kanak-kanak dalam kajian ini.
Akhir sekali, bab 7 pula merupakan cadangan kajian yang akan dilakukan pada masa akan datang.

Rujukan.

Normaliza Abd Rahim(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit UMT.
Buku ini boleh dibeli dengan harga RM20.00. Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Harini kita akan berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam dan luar kelas BBM3410 Multimedia dalam...