Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Harini kita akan berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam dan luar kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa.
Pertamanya, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Prof Normaliza kerana banyak mendedahkan tentang betapa luasnya makna multimedia ini. Antaranya asas fotografi, pembuatan video, pelaksanaan akaun media sosial, dan banyak lagi. Selain itu, Prof juga banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri saya secara tidak langsung. Reda dengan apa jua masalah, bekerjasama, bantu-membantu, berfikir secara kritis dan kreatif, berdisiplin dan lain-lain lagi nilai murni.
Tidak dinafikan kerja yang banyak itu memanglah terkadang hati dan mulut turut merungut. Kerja-kerja lain juga perlu dikejar deadline. Kerja multimedia juga ada pasang surut. Ada kerja yang mudah, ada juga kerja yang susah. Susah di sini maksudnya perlukan masa dan latihan yang lama untuk jadikan video itu betul betul sempurna. Jadi, saya fikir dan membuat analogi bagaimana untuk muzik video yang sebenar, yang perlukan komposer untuk menulis lirik, pemuzik membuat susunan muzik, penyanyi yang berlatih vokal ? Kerja multimedia juga penat, kami tertimbun dengan tugasan lain juga,FYP juga menjadi satu cabaran yang besar dan lain-lain tugasan. Semua kerja ada susah senang, ada masalah dan rintangan. Tetapi cara menerima dan menyelasaikan masalah itu yang penting heheheh mcm dah melalut pulak. Apapun terima kasih Prof atas segala curahan ilmu, nasihat yang tidak pernah berhenti, Prof memang sempoi!
Cik Akmal juga insan yang banyak membantu dalam semua tugasan, kelas amali terutamanya. Kelas amali lah banyak belajar tentang semua benda dalam buku yang dihasilkan oleh Prof N sendiri. Pembukaan akaun media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram. Saya guna akaun yang sedia ada, kerana tidak berniat untuk memadam semua gambar dan video yang dimuat naik dalam akaun tersebut. Cik Akmal banyak mengajar dengan baik sepanjang kelas amali, beliau juga peramah apabila berada luar daripada kelas. Terima kasih cik Akmal kerana banyak bersabar melayan karenah kami semua hihi
Langgar Production, kumpulan yang sangat aktif, kreatif, pelbagai latar belakang. itulah keunikan dan kehebatan kumpulan ini. Kumpulan ini terbentuk pada minggu pertama seperti yang Prof N arahkan. Kumpulan ini bertujuan untuk melakukan tugasan yang diarahkan dan segala tugasan perlu dibuat berkumpulan. Banyak suka duka dalam kumpulan ini, setiap perbalahan, setiap perselisihan faham membuatkan kumpulan produksi ini semakin matang. Dipendekkan, ahli kumpulan ini semuanya hebat belaka! sayang Langgar Production, adakah akan diteruskan atau dibubarkan ? hihi