Wednesday 18 December 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Harini kita akan berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam dan luar kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. 


Pertamanya, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Prof Normaliza kerana banyak mendedahkan tentang betapa luasnya makna multimedia ini. Antaranya asas fotografi, pembuatan video, pelaksanaan akaun  media sosial, dan banyak lagi. Selain itu, Prof juga banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri saya secara tidak langsung. Reda dengan apa jua masalah, bekerjasama, bantu-membantu, berfikir secara kritis dan kreatif, berdisiplin dan lain-lain lagi nilai murni. 
Tidak dinafikan kerja yang banyak itu memanglah terkadang hati dan mulut turut merungut. Kerja-kerja lain juga perlu dikejar deadline. Kerja multimedia juga ada pasang surut. Ada kerja yang mudah, ada juga kerja yang susah. Susah di sini maksudnya perlukan masa dan latihan yang lama untuk jadikan video itu betul betul sempurna. Jadi, saya fikir dan membuat analogi bagaimana untuk muzik video yang sebenar, yang perlukan komposer untuk menulis lirik, pemuzik membuat susunan muzik, penyanyi yang berlatih vokal ? Kerja multimedia juga penat, kami tertimbun dengan tugasan lain juga,FYP juga menjadi satu cabaran yang besar dan lain-lain tugasan. Semua kerja ada susah senang, ada masalah dan rintangan. Tetapi cara menerima dan menyelasaikan masalah itu yang penting heheheh mcm dah melalut pulak. Apapun terima kasih Prof atas segala curahan ilmu, nasihat yang tidak pernah berhenti, Prof memang sempoi!



Cik Akmal juga insan yang banyak membantu dalam semua tugasan, kelas amali terutamanya. Kelas amali lah banyak belajar tentang semua benda dalam buku yang dihasilkan oleh Prof N sendiri. Pembukaan akaun media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram. Saya guna akaun yang sedia ada, kerana tidak berniat untuk memadam semua gambar dan video yang dimuat naik dalam akaun tersebut. Cik Akmal banyak mengajar dengan baik sepanjang kelas amali, beliau juga peramah apabila berada luar daripada kelas. Terima kasih cik Akmal kerana banyak bersabar melayan karenah kami semua hihi









Langgar Production, kumpulan yang sangat aktif, kreatif, pelbagai latar belakang. itulah keunikan dan kehebatan kumpulan ini. Kumpulan ini terbentuk pada minggu pertama seperti yang Prof N arahkan. Kumpulan ini bertujuan untuk melakukan tugasan yang diarahkan dan segala tugasan perlu dibuat berkumpulan. Banyak suka duka dalam kumpulan ini, setiap perbalahan, setiap perselisihan faham membuatkan kumpulan produksi ini semakin matang. Dipendekkan, ahli kumpulan ini semuanya hebat belaka! sayang Langgar Production, adakah akan diteruskan atau dibubarkan ? hihi

Wednesday 27 November 2019

BBM3410Satu2019:Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Oleh Normaliza Abd Rahim(2019)

Ulasan buku. #bukanpaidreview

Assalamualaikum dan hai, hari ini kita akan membuat lagi ringkasan mengenai buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Ulasan akan dihuraikan mengikut bab 1 hingga bab 7.

Bab 1 menerangkan setiap makna definisi oleh tokoh-tokoh dalam dan luar negara seperti Normaliza Abd Rahim, Asmah Hj Omar, Edmonson, Stubbs dan ramai lagi. Setiap tokoh memberikan definisi wacana dengan penjelasan yang jelas dengan terperinci.
Bab 2 pula menceritakan mengenai teori dan pendekatan yang dihuraikan mengikut tokoh-tokoh yang memberi definisi wacana dalam bab 1. Setiap tokoh menggunakan teori yang berbeza tetapi menunjangi bidang linguistik. Terdapat 13 tokoh menghuraikan setiap pendekatan dan teori dalam bab ini. Pendekatan yang menarik perhatian saya ialah pendekatan Levinson yang menyentuh Prinsip Kerjasama Grice.
Seterusnya bab 3, bab ini menggunakan pendekatan pencerita nilai sosial melalui cerita kanak-kanak. Nilai sosial yang dipaparkan dalam bab ini merangkumi aspek kehidupan masyarakat, kanak-kanak autisme dan lain-lain. Bab 3 merupakan bab yang paling banyak halaman kerana banyak cerita sosial boleh didapati dalam bab ini. 
Sementara itu, bab 4 menjadi terpendek dengan 1 halaman. Selain itu, bab 4 merupakan permulaan kepada penerangan mengenai strategi komunikasi.
Selain itu, bab 5 ini pula menjelaskan setiap pendekatan dan definisi yang dihuraikan dalam bab 4. Di samping itu, bab 5 menerangkan pendekatan oleh Normaliza Abd Rahim dan pendekatan ini sangat sesuai untuk berkomunikasi dalam masyarakat Melayu.
Bab 6 pula menerangkan keputusan kajian terhadap sampel kanak-kanak berumur 11 hingga 12 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan Normaliza Abd Rahim banyak dituturkan oleh kanak-kanak dalam kajian ini.
Akhir sekali, bab 7 pula merupakan cadangan kajian yang akan dilakukan pada masa akan datang.

Rujukan.

Normaliza Abd Rahim(2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit UMT.
Buku ini boleh dibeli dengan harga RM20.00. Sekian, terima kasih

Thursday 3 October 2019

BBM3410Satu2019 : SUATU KETIKA

SUATU KETIKA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang hebat-hebat belaka, entri kali ini kita akan bercerita mengenai keluarga. Saya percaya semua orang akan ada momen indah bersama keluarga tercinta seperti bercuti, menyambut hari raya, sambutan hari jadi dan sebagainya. Keluarga saya sememangnya gemar pergi bercuti walaupun satu hari. Baru-baru ini, kami mengunjungi Port Dickson, Negeri sembilan. Keluarga saya memanfaatkan sepenuhnya waktu bersama-sama, ayah dan ibu saya seronok bermain dengan cucu-cucu. Kami adik-beradik, juga turut bergurau senda bersama-sama. Mandi kolam, mandi pantai, makan malam bersama. Saya sedar, semakin umur meningkat dewasa, semakin penting hubungan kekeluargaan itu kekal utuh. Saya harap semua pembaca diberkati Allah S.W.T dan sering mendoakan ibu bapa kita ditempatkan dalam keadaan sihat sejahtera. Al-fatihah buat ahli keluarga yang telah pergi bertemu Ilahi.

Wednesday 2 October 2019

BBM3410Satu2019 : Tip Belajar dengan Mudah

~Tip belajar dengan mudah~


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, harini nak cerita pasal tips belajar. Memang bukan bidang kepakaran kalau nak bagi tips tapi kita cuba okay. Gambar di atas menerangkan mengenai tips belajar dengan mudah. moga-moga diterima, selamat beramal dan selamat mencuba!

Tuesday 1 October 2019

BBM3410Satu2019 : Bird's eye view


GAMBAR BIRD'S EYE VIEW
Gambar diambil daripada perspektif seekor burung yang sedang terbang tinggi di atas langit. 

GAMBAR-GAMBAR BIRD'S EYE VIEW

Gambar BEV 1
 Gambar diambil ketika di dalam MRT. Melihat suasana jalan yang lengang pada hari minggu memberikan sedikit ketenangan.

Gambar BEV 2
Jalan raya yang kelihatan sibuk mengejar harta duniawi yang tidak pernah akan cukup. Namun, tiada harta juga masih tidak akan cukup. Jadi, cukup atau tidak bukan persoalannya, yang penting mestilah have-have.

Gambar BEV 3
Peningkatan kemudahan awam masih tidak mampu menyelesaikan kesibukan sewaktu kemudahan tersebut digunakan lebih-lebih lagi waktu puncak hari bekerja.

BBM3410Satu2019 : Over The Shoulder (Langgar Production)

 GAMBAR OVER THE SHOULDER
Over the shoulder merupakan teknik asas fotografi yang diambil menggunakan sudut pandang ketiga iaitu di atas bahu pihak yang sedang berkomunikasi.

GAMBAR-GAMBAR OVER THE SHOULDER

Gambar 1 Over the shoulder
Percubaan untuk memanggil kawannya yang sedang melakukan gaya di tengah jalan raya. Panggilan tidak diendahkan, gaya tetap diteruskan.

Gambar 2 Over the shoulder
Mungkin doa sebelum makan telah diganti dengan ambil gambar sebelum makan. Mungkin juga sebelum kita makan, kita harus beri kamera telefon kita jamah terlebih dahulu. 

Gambar 3 Over the shoulder
Penghayatan yang dialami di dalam gambar terasa ke pembaca kerana air terjun itu sangat menarik untuk dilihat. Lagi-lagi, waktu bulan puasa.

BBM3410Satu2019 : Mug-Shot (Langgar Production)


GAMBAR MUGSHOT
Mug-Shot merupakan gambar yang diambil dari pinggang ke atas hingga kepala. Kebiasaannya, diambil apabila seseorang itu didapati bersalah dan sebelum dimasukkan ke penjara. 

GAMBAR-GAMBAR MUGSHOT MANUSIA BEREMOSI
Gambar 1 mugshot
Seorang pemuda ditangkap kerana bergaduh dengan sahabat baiknya apabila mengetahui sahabat baiknya itu cuba untuk memikat teman wanitanya.

Gambar 2 mugshot
Kedua-dua pemuda tercedera di bahagian muka akibat pergaduhan tersebut. Namun, tiada nyawa yang melayang. kedua-dua ditahan reman bagi membantu siasatan.

Gambar 3 mugshot
Wanita ini gembira kerana mengetahui teman lelakinya tetap sayangkan dirinya dan sukar untuk memilih mana satu pemuda yang lebih layak untuk diterima menjadi teman hidupnya.

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Harini kita akan berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam dan luar kelas BBM3410 Multimedia dalam...