Thursday, 3 October 2019

BBM3410Satu2019 : SUATU KETIKA

SUATU KETIKA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang hebat-hebat belaka, entri kali ini kita akan bercerita mengenai keluarga. Saya percaya semua orang akan ada momen indah bersama keluarga tercinta seperti bercuti, menyambut hari raya, sambutan hari jadi dan sebagainya. Keluarga saya sememangnya gemar pergi bercuti walaupun satu hari. Baru-baru ini, kami mengunjungi Port Dickson, Negeri sembilan. Keluarga saya memanfaatkan sepenuhnya waktu bersama-sama, ayah dan ibu saya seronok bermain dengan cucu-cucu. Kami adik-beradik, juga turut bergurau senda bersama-sama. Mandi kolam, mandi pantai, makan malam bersama. Saya sedar, semakin umur meningkat dewasa, semakin penting hubungan kekeluargaan itu kekal utuh. Saya harap semua pembaca diberkati Allah S.W.T dan sering mendoakan ibu bapa kita ditempatkan dalam keadaan sihat sejahtera. Al-fatihah buat ahli keluarga yang telah pergi bertemu Ilahi.

Wednesday, 2 October 2019

BBM3410Satu2019 : Tip Belajar dengan Mudah

~Tip belajar dengan mudah~


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, harini nak cerita pasal tips belajar. Memang bukan bidang kepakaran kalau nak bagi tips tapi kita cuba okay. Gambar di atas menerangkan mengenai tips belajar dengan mudah. moga-moga diterima, selamat beramal dan selamat mencuba!

Tuesday, 1 October 2019

BBM3410Satu2019 : Bird's eye view


GAMBAR BIRD'S EYE VIEW
Gambar diambil daripada perspektif seekor burung yang sedang terbang tinggi di atas langit. 

GAMBAR-GAMBAR BIRD'S EYE VIEW

Gambar BEV 1
 Gambar diambil ketika di dalam MRT. Melihat suasana jalan yang lengang pada hari minggu memberikan sedikit ketenangan.

Gambar BEV 2
Jalan raya yang kelihatan sibuk mengejar harta duniawi yang tidak pernah akan cukup. Namun, tiada harta juga masih tidak akan cukup. Jadi, cukup atau tidak bukan persoalannya, yang penting mestilah have-have.

Gambar BEV 3
Peningkatan kemudahan awam masih tidak mampu menyelesaikan kesibukan sewaktu kemudahan tersebut digunakan lebih-lebih lagi waktu puncak hari bekerja.

BBM3410Satu2019 : Over The Shoulder (Langgar Production)

 GAMBAR OVER THE SHOULDER
Over the shoulder merupakan teknik asas fotografi yang diambil menggunakan sudut pandang ketiga iaitu di atas bahu pihak yang sedang berkomunikasi.

GAMBAR-GAMBAR OVER THE SHOULDER

Gambar 1 Over the shoulder
Percubaan untuk memanggil kawannya yang sedang melakukan gaya di tengah jalan raya. Panggilan tidak diendahkan, gaya tetap diteruskan.

Gambar 2 Over the shoulder
Mungkin doa sebelum makan telah diganti dengan ambil gambar sebelum makan. Mungkin juga sebelum kita makan, kita harus beri kamera telefon kita jamah terlebih dahulu. 

Gambar 3 Over the shoulder
Penghayatan yang dialami di dalam gambar terasa ke pembaca kerana air terjun itu sangat menarik untuk dilihat. Lagi-lagi, waktu bulan puasa.

BBM3410Satu2019 : Mug-Shot (Langgar Production)


GAMBAR MUGSHOT
Mug-Shot merupakan gambar yang diambil dari pinggang ke atas hingga kepala. Kebiasaannya, diambil apabila seseorang itu didapati bersalah dan sebelum dimasukkan ke penjara. 

GAMBAR-GAMBAR MUGSHOT MANUSIA BEREMOSI
Gambar 1 mugshot
Seorang pemuda ditangkap kerana bergaduh dengan sahabat baiknya apabila mengetahui sahabat baiknya itu cuba untuk memikat teman wanitanya.

Gambar 2 mugshot
Kedua-dua pemuda tercedera di bahagian muka akibat pergaduhan tersebut. Namun, tiada nyawa yang melayang. kedua-dua ditahan reman bagi membantu siasatan.

Gambar 3 mugshot
Wanita ini gembira kerana mengetahui teman lelakinya tetap sayangkan dirinya dan sukar untuk memilih mana satu pemuda yang lebih layak untuk diterima menjadi teman hidupnya.

BBM3410Satu2019 : Medium-Shot (Langgar Production)


GAMBAR MEDIUM-SHOT

Medium-shot merupakan gambaran yang lebih jelas tertumpu kepada subjek berbanding long-shot. Medium-shot masih menampakkan pemandangan di belakang.

GAMBAR-GAMBAR MEDIUM-SHOT MANUSIA

Gambar 1 medium-shot
Berlatarbelakangkan bangunan IKEA masih tidak mampu menyembunyikan perut yang kehadapan kerana kekenyangan oleh meatball IKEA. Senyuman yang terukir juga tidak mampu disembunyikan kerana terlalu teruja apabila pertama kali sampai di sini.

Gambar 2 medium-shot
Perjalanan ke IKEA mengambil masa 30 minit dari MRT Kajang. Jadi, sebab itulah tangan subjek dimasukkan ke dalam poket akibat kepenatan berdiri dalam MRT. 

Gambar 3 medium-shot 
Subjek bercangkung di papan tanda yang menyatakan "Dilarang Parkir, Dilarang Menunggu" sebagai tanda kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah. Senyuman sinis diberikan kerana mesej yang ingin disampaikan berjaya disampaikan.

GAMBAR-GAMBAR MEDIUM-SHOT MANUSIA DAN PEMANDANGAN.

Gambar 4 medium-shot
Kelihatan seorang wanita tersipu malu kerana diminta gambarnya diambil oleh sebuah majalah muslimah yang terkenal di daerah Vikendi,Russia. Bertepatan tema musim luruh, beliau sangat yakin untuk bergambar dengan pemandangan dedaunan berguguran.

Gambar 5 medium-shot
Seorang pemuda melihat keindahan seni bina bangunan di Kuala Lumpur. Alangkah indahnya jikalau bangunan-bangunan ini dibina di kampung halamanku, Tawau, Sabah.

Gambar 6 medium-shot
Adakah gaya tangan di dalam poket seluar kembali menjadi pujaan golongan belia pada masa kini ? Bergambar bersama bangunan yang sudah menjadi hasil lukisan dan diwarnakan mengikut kreativiti menjadi tarikan belia di Kelantan.

BBM3410Satu2019 : Long-Shot (Langgar Production)

GAMBAR-GAMBAR LONG-SHOT

Long-shot merupakan gambar yang menunjukkan subjek dan pemandangan. Subjek berada kecil di lensa kamera dan gambar. Pemandangan juga berada jauh dengan subjek dan lensa kamera.

GAMBAR-GAMBAR LONG-SHOT MANUSIA DAN PEMANDANGAN

Gambar 1 long-shot
Terlihat dua orang sahabat sedang berjalan sambil mengangkat tangan seolah-oleh mengira bintang. Walhal, langit masih cerah (?) Mungkin mereka mengira berapa banyak daun pada pokok di hadapan mereka.

Gambar 2 long-shot
Seorang lelaki sedang melihat ke dalam tasik. Beliau melihat ikan-ikan kecil yang berenang bebas namun terhad di dalam air sahaja. Beliau bebas berjalan kemana sahaja tetapi kemahuan yang tiada.

Gambar 3 long-shot
Jika dilihat dengan teliti, seorang wanita sedang menggunakan payung dalam cuaca yang panas terik. Tetapi agak berbahaya bagi seorang wanita berjalan seorang diri walaupun siang hari.

GAMBAR-GAMBAR LONG-SHOT PEMANDANGAN

Gambar 4 long-shot 
Pencakar langit di Kuala Lumpur yang tersergam indah, parit juga terjaga dari segi kebersihan dan keselamatan. mungkinkah gambar ini masih akan sama untuk 10 tahun akan datang ?

Gambar 5 long-shot
Bangunan DBKL yang beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-2617 6000.

Gambar 6 long-shot
Terlihat gambar ini sangat tenang lagi-lagi waktu cuaca cerah sebegini. Namun, lampu tiang perlu dipasang dengan lebih banyak agar tidak berlaku kemalangan pada waktu malam.

BBM3410Satu2019 : Close-up ( Langgar Production)

Gambar Close-up

Close-up merupakan gambar yang memberikan fokus sepenuhnya kepada subjek. Terutamanya pada bahagian wajah subjek. Close-up bertujuan menampakkan ekspresi dan emosi wajah subjek. Namun begitu, close-up juga boleh dilakukan kepada objek.

GAMBAR-GAMBAR CLOSE-UP SUBJEK ATAU MANUSIA.



Gambar close-up 1
Gambar di atas menunjukkan close-up yang memaparkan ekspresi marah. Subjek seolah-olah memandang tepat ke arah mata yang membuatkan beliau berasa marah. Ekspresi tersebut juga menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tapi tidak boleh diluahkan.

Gambar close-up 2
Gambar berikut menunjukkan ekspresi wajah seorang wanita yang sedang memerhati gelagat teman baiknya yang makan meatball IKEA tanpa mengajak dirinya. Wajah ini terzahir setelah beliau telah lama mengidam kfry namun teman baiknya sering menolak ajakannya. 

Gambar close-up 3
Ekspresi kepuasan jelas kelihatan setelah kenyang makan meatball IKEA seorang diri tanpa mengajak teman baiknya. Matanya melirik memerli kawannya yang sedang kelaparan sedangkan dirinya masih 'kenyang nyandor' bak kata orang Terengganu.


GAMBAR-GAMBAR CLOSE-UP OBJEK

Gambar close-up 4
Meatball IKEA yang menjadi punca utama kawan baik bertelagah. Lihat sahaja tekstur luaran meatball tersebut dan kelikatan sos black pepper. Tambahan pula, kacang peas, kentang hancur dan jem strawberi menjadi pelengkap menu hidangan yang diberi nama hidangan pemutus hubungan.

Gambar close-up 5
Namun begitu, teman baik semestinya tidak bergaduh akan bergaduh lama. Selepas merasakan dirinya bersalah akibat makan meatball tanpa mengajak teman baiknya. Beliau memberi hadiah sebuah kamera sebagai tanda minta maaf.

Gambar close-up 6
Bunga kertas berwarna merah yang kembang mekar menjadi hadiah kedua. Bunga kertas menjadi pilihan kerana murah dan senang didapati. Selain kehabisan duit setelah makan makanan mahal yang luar dr kemampuan dan membeli kamera yang kedua-dua teman baik tidak reti menggunakannya. Setelah kedua-dua hadiah diberikan, barulah teman-teman berbaik semula. TAMAT kisah close-up.

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Harini kita akan berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam dan luar kelas BBM3410 Multimedia dalam...