Thursday, 26 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini


Pengalaman di Hatyai, Thailand.

Hatyai merupakan satu tempat yang pasti akan aku melawat lagi. Tidak kisah bersama siapa, solo atau berkumpulan, aku pasti akan sampai ke sana lagi. Aku suka akan bandarnya yang ketika itu bagi aku sangat bersih, di sebalik kesibukan orang berniaga. Pantai Samila yang aku pergi ketika itu, lebih kurang seperti di Malaysia, cuma yang menjadi tarikan di pantai itu ialah aktiviti bergambar bersama patung duyung di situ, berkuda, dan mandi-manda. Aku dapat tahu baru-baru ini ada berlaku kes letupan di Pantai Samila dan patung duyung itu mengalami kerosakan dek letupan tersebut. Aku harap semuanya baik-baik sahaja.

gambar di Chang Puak Camp bersama kawan-kawan.

Aku kategorikan Hatyai sebagai antara syurga makanan. Makanan yang terdapat di situ tidak sama di Malaysia tetapi mempunyai keunikan tersendiri seperti di Klonghae Floating Market, Asean Night Bazaar dan banyak lagi tempat yang boleh dikunjungi untuk mencari makanan yang sedap belaka.

Sunday, 22 September 2019

BBM3410Satu2019. Nenek dan Datuk.

Entri kali ini kita akan menceritakan sinopsis kisah 'Nenek dan Datuk'. Nenek dan Datuk yang menetap di Kajang akan menerima kunjungan daripada keluarga Alim. Alim merupakan seorang kanak-kanak yang sangat gemar bermain dengan ayam dan itik kepunyaan datuk dan nenek. Sesampainya keluarga Alim di kampung, Alim melihat suasana yang berbeza dan tidak sama seperti kali terakhir Alim melawat. Reban ayam dan itik tidak lagi di tempat yang seperti Alim ingat. Ini membuatkan Alim sedih. Sebaik masuk rumah datuk dan nenek, kelihatannya tidak juga sama seperti kali terakhir Alim datang melawat. Namun begitu, semua perkara ini membuatkan hubungan kekeluargaan lebih rapat dan akrab.

Rujukan. Normaliza Abd Rahim (2019) Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Teori dan Aplikasi.  Kuala Nerus : Penerbit UMT.

Jenis multimedia yang boleh digunakan dalam penyampaian cerita 'Nenek dan Datuk'

Multimedia merupakan penggunaan pelbagai jenis media seperti slaid, televisyen bertujuan membuat persembahan, mengajar dan menunjuk cara.

1. Media Sosial
Cerita 'Nenek dan Datuk' boleh disampaikan melalu media sosial seperti instagram, facebook dan twitter.

2. Multimedia kits
Cerita ini boleh dimasukkan di dalam cd dan kaset seterusnya ditontonkan kepada khalayak ramai.

3.Media interaktif
Aplikasi paling popular media interaktif ialah youtube, jadi penyampaian cerita ini di dalam youtube boleh dilaksanakan.

4.Virtual Reality (VR)
Cerita ini boleh dimasukkan ke dalam teknologi VR dan menjadikan cerita ini ditonton secara 3D yang lebih menyeronokkan.

BBM3410Satu2019 : Etika Penulisan Blog. Tugas Individu

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua pembaca blog yang disayangi, hari ini kita akan bercerita mengenai cerita dalam blog. Sesebuah cerita perlu mematuhi etika penulisan blog, terdapat garis panduan dalam penulisan blog yang baik.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019) terdapat 10 etika bagi sesuatu penulisan blog yang berkesan dan baik.

Pertama,tajuk yang menarik bagi menarik perhatian pembaca. Tajuk merupakan kepala bagi semua jenis penulisan (Kamus Pelajar Edisi Kedua,2019). Tajuk atau judul yang baik mestilah bersifat ringkas dan tidak berjela-jela. Tajuk juga melambangkan keseluruhan isi, sekiranya tajuk tidak begitu baik, pembaca mungkin akan kurang minat untuk membaca isi dalamannya. Cinta pandang pertama bagi pembaca ialah apabila membaca tajuk yang menarik perhatiannya.

Kedua, cerita yang menarik. Sesebuah cerita yang menarik perlu mengikut proses yang betul. Pertautan antara pengenalan, isi paling penting kepada isi kurang penting dan seterusnya penutup sangat memainkan peranan penting. Cerita jadi kurang menarik apaabila isinya tidak tersusun dan berterabur. Kajian juga perlulah dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan tiada fakta yang diselewengkan.

Ketiga, sedikit jenaka perlu diselitkan agar pembaca tidak tersekat dengan maklumat dan penulisan yang serius sepanjang membaca blog. Jenaka perlulah berkaitan dan tidak menyentuh isu sensitiviti mana-mana pihak. Jenaka boleh berbentuk gambar, ayat dan sebagainya supaya minat pembaca tidak teralih kepada benda yang lain. Penggunaan jenaka dan ayat yang humor boleh memberikan sedikit ketenangan lagi lagi jika penulisan blog itu bersifat serius.

Seterusnya, penyediaan hujah yang terbaik bagi menghuraikan penulisan. Setiap ayat dalam blog mestilah bertepatan dengan fakta semasa. Hujah perlulah selari dengan huraian kerana penceritaan akan menjadi lebih sempurna dan pembaca akan mudah tertarik sekiranya kebenaran dalam penulisan disajikan dengan sebaiknya.

Kelima, penulisan mestilah berkenaan isu semasa. Isu semasa ialah perkara yang sedang berlaku atau baru-baru berlaku. Pembaca lebih mudah tertarik dengan penulisan terhadap isu semasa. Pembaca juga boleh mendapat maklumat yang pelbagai. Selain itu, buah fikiran yang dilontarkan dalam penulisan blog akan membuatkan pembaca yakin dengan penulis.  Pembaca kurang menggemari isu yang lampau kerana, maklumat terhadap cerita berkenaan kurang atau susah untuk didapati.

Keenam, antara etika yang terpenting dalam penulisan blog ialah perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Pemilihan perkatan yang sesuai mampu menarik minat pembaca. Pemilihan perkataan yang baik juga perlu mengikut sasaran khalayak, sekiranya untuk remaja, ayat perlulah bersifat terus terang supaya mereka dapat membahagikan baik dan buruk. Sekiranya untuk dewasa, ayat yang bersifat sinis dan kiasan digunakan kerana mampu menyentuh emosi mereka.

Ketujuh, blog perlulah dapat dibaca dan difahami. Pembaca telah membaca banyak blog dalam talian, jadi setiap blog mempunyai kelainan dan keunikan tersendiri. Namun begitu, setiap blog perlulah mudah dibaca dan difahami oleh pembaca. Penulis perlu menyediakan wacana yang utuh dan benar dalam blog. Pemilihan font, warna dan gaya blog juga memain peranan dalam menarik minat pembaca.

Kelapan, penulisan mestilah dapat berinteraksi dengan pembaca. Ayat yang digunakan mestilah bersifat terbuka dan tidak berat ke mana-mana pihak, dengan cara ini pembaca dalam berfikir secara lebih terbuka. Bidang penulis juga memainkan peranan penting, sekiranya penulis mempunyai bidang sukan, maka keseluruhan penulisan mestilah berkaitan sukan. Pembaca lebih mudah tertarik terhadap bidang yang boleh difahami dan bukan bidang yang sukar untuk mereka fahami.

Seterusnya, moral dan nilai keindahan dalam penulisan. Penulisan mestilah bersifat perkongsian nilai-nilai murni, mendidik pembaca agar tidak jumud dan senang menerima pendapat. Penulis perlu menyentuh emosi pembaca dengan bijak agar penyampaian isi dalam penulisan blog lebih berkesan. Nilai murni perlulah ditunjukkan secara langsung atau tidak langsung, dari segi penulisan, penyediaan hujah dan sebagainya. 

Akhir sekali, ilmu. Setiap penulis mestilah berilmu terutamanya yang menyediakan penulisan berteraskan pendidikan. Penyampaian isi melambangkan idea dan pemikiran penulis secara tidak langsung. Jadi, ilmu perlu ada agar penulis dapat menyampaikan dengan betul, maklumat yang sahih, pandai mengambil minat pembaca. Penulis boleh menjadi inspirasi kepada pembaca kerana pembaca lebih gemar kepada penulisan yang penuh dengan ilmu yang bermanfaat.

Rujukan. Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor (2019). BOOM! with Social Media. Kuala Nerus : Penerbit UMT.

Friday, 20 September 2019

BBM3410Satu2019.Saya Faham



"Saya Faham"
.
.
.
Saya Kata "Apa khabar"

Dia jawab"khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya
.
.
Selamat pagi,tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya
.
.
Terima kasih
sama-sama
Untuk dia
untuk saya
.
.
Terima kasih
sama-sama
untuk kita
untuk mereka.

Lagu dan lirik : Prof Dr. Normaliza
Hakcipta : Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2019.DIRI

Assalamualaikum, aku, Muhd Naim Fadhli bin Ilias. Aku berusia 24 tahun, sudah dua dekad lebih umurku. Tempat lahir, tempat membesarku adalah Kajang, Selangor. Bandar paling hebat di mata aku. Sepertimana, orang lain, aku juga mempunyai banyak cita-cita sepanjang aku membesar, mungkin kerana aku tidak mendalami diri aku, jadi aku ingin mencuba semua benda. Antaranya ialah, askar, ya aku pernah bercita-cita menjadi seorang askar. Minat yang mendalam kepada badan beruniform, aku pon beralih minat kepada polis. mungkin juga aku ingin menegakkan keadilan dek lambakan cerita superhero ketika itu.


BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Harini kita akan berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam dan luar kelas BBM3410 Multimedia dalam...